Berita Terbaru

Dapatkan berita terbaru tentang Tone disini! Periksa laman ini selalu untuk pastikan anda tidak terlepas berita menarik dari Tone.

2016


9 Sep 2016

  1. Harga Siling Pek Permulaan

Peringatan, harga siling untuk Pek Permulaan TONE GROUP (Tone Excel atau Tone Plus) adalah *RM98.60 setiap pek (termasuk Cukai GST 6%).

Penjualan Pek Permulaan TONE GROUP yang melebihi harga siling ini adalah DILARANG KERAS. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar arahan ini.

  1. Kad SIM Ganti

Ingin dinasihatkan, apabila membuat SIM gantian, anda perlu segera membuat pengaktifan untuk SIM kad baru dengan salah satu langkah di bawah:

  • Membuat penggilan.
  • Mengirim SMS
  • Tambah Nilai

Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin akan menjejaskan pembayaran insentif.

Muat Turun PDF


8 Sep 2016

Harap maklum, TONE GROUP telah mengemaskini artwork rasmi untuk papan tanda premis fizikal sepadan dengan rekabentuk SIM kad terkini. Anda boleh memuat turun fail artwork papan tanda baru melalui pautan berikut yang terdapat di dalam laman web TONE GROUP di bawah:

http://www.tonegroup.net/downloads

Untuk menyeragamkan penjenamaan TONE GROUP, semua Physical Branch dan premis perniagaan baru di bawah TONE GROUP adalah diwajibkan untuk HANYA menggunakan artwork yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan bukan selainnya. Sekiranya artwork yang selainnya (tidak diluluskan) digunapakai, anda tidak layak menerima sebarang faedah sebagai premis fizikal.

Semua kos pembetulan papan tanda premis yang tidak diluluskan akan ditanggung sendiri oleh pemilik premis tersebut.

PENTING: Sila pastikan anda menghantar visual contoh (mock-up visual) premis / Branch dengan papan tanda baru untuk mendapatkan pengesahan dan kelulusan dari pihak pengurusan SEBELUM proses pengeluaran dilakukan.

Muat Turun PDF


13 Jul 2016

Bermula 1hb Ogos 2016, ahli Tone Excel yang sedia ada TIDAK dibenarkan untuk menyertai program Tone Plus dan ahli Tone Plus yang sedia ada tidak dibenarkan untuk menyertai program Tone Excel. Hal ini tidak melibatkan ahli yang telah menyertai kedua-dua program sebelum tarikh 1hb Ogos 2016.

Ahli yang ingin menukar program, hanya dibenarkan setelah akaun yang sedia ada tamat tempoh selama 3 bulan. Ahli juga boleh menulis secara rasmi melalui emel kepada hq.care@tonegroup.net untuk mendapat kelulusan ISTIMEWA dalam tempoh 1 bulan. Terma dan syarat dikenakan.

Download PDF


17 May 2016

Harap maklum, berkuatkuasa pada 15hb April 2016, keahlian TONE GROUP di Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) telah mansuh. Ahli TONE GROUP adalah diminta untuk memberhentikan serta-merta penggunaan logo LPKPM di dalam semua pembikinan baru barangan (merchandise) dan bahan komunikasi samada media cetak, digital atau apa-apa saja yang berkaitan. Di bawah adalah logo yang dimaksudkan.

Untuk mengelakkan sebarang kerugian atau pembaziran, sila pastikan semua fail produksi untuk bahan komunikasi yang telah dirancang tidak mengandungi logo LPKPM sebelum dikeluarkan / dicetak. Segala bahan komunikasi yang menggunakan logo ini tidak akan diluluskan. Kerjasama anda adalah sangat diharapkan. Sekian, terima kasih.

Download PDF


28 Apr 2016

Seperti yang dinyatakan di Mesyuarat Branch pada 1hb April 2016, harap maklum dan diperingat, bermula 1hb Mei 2016 perubahan harga untuk pembelian SIM kad gentian untuk 3G dan 4G akan dikuatkuasakan. Perubahan berikut adalah seperti tertera di bawah :

--‐ Harga SIM kad gantian 3G adalah RM6 untuk satu kad, dengan tambahan 6% GST = RM6.60.

--‐ Harga SIM kad gantian 4G adalah RM8 untuk satu kad, dengan tambahan 6% GST = RM8.60.

--- Harga jualan SIM kad gantian 3G & 4G kepada ahli adalah dikekalkan pada harga RM10 + 6% GST = RM10.60.

Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda di atas sokongann dan dedikasi yang berterusan kepada Program Rujukan WOW ini untuk meraih imbuhan Kebebasan Kewangan. Kami juga mengharapkan kejayaan anda yang berlipat--‐ganda sentiasa.

Muat Turun PDF


23 Jan 2016

Bermula dari 1hb Disember 2015, SEMUA SIM kad yang dibeli untuk naik taraf Branch PERLU mematuhi terma dan syarat tambahan berikut:-

  1. Semua SIM kad dibeli untuk naik taraf Barnch tidak boleh didaftarkan dan/atau diaktifkan sebelum penghantaran dan penerimaan permohonan Branch melalui Ketua Pegawai.
  2. SEMUA perjanjian Branch yang dikeluarkan akan direkod dan perlu dihantar dalam masa dua (2) minggu dari tarikh pembelian SIM kad. Gagal berbuat demikian, maka permohonan Branch akan ditolak atau ahli perlu membeli siri SIM kad yang baru.
  3. SIM kad yang digunakan untuk tujuan naik taraf tidak boleh digunakan semula untuk naik taraf semula walaupun SIM kad tersebut belum didaftarkan, melainkan digunakan untuk naik taraf berikut, contoh:SIM kad yang dibeli untuk naik taraf Branch kemudiannya boleh digunakan untuk naik taraf Service centre atau Junior Centre.
  4. Semua naik taraf Branch dengan pembelian 1,500 SIM kad juga perlu memenuhi syarat minima komisen bulanan RM1,500 untuk akaun yang ingin dinaik taraf, bukan akaun lain atau penggabungan akaun dibawah ahli tersebut.

Pihak kami yakin dengan penglibatan anda yang berterusan dalam program WOW referral untuk meraih ganjaran kebebasan kewangan.

Muat Turun PDF


20 Jan 2016

Bermula 20 Januari 2016, semua Bahan Tempat Jualan (POSM) TONE GROUP yang dihasilkan oleh ahli TONE GROUP untuk tujuan pemasaran memerlukan kelulusan dari HQ TONE GROUP sebelum dibenarkan untuk penghasilan atau terbitan.

Bahan Tempat Jualan (POSM) termasuk:

  1. Banting, Banners
  2. Web banners (website,Facebook,Instagram, Twitter)
  3. Papan Tanda
  4. Papan Tanda Kedai
  5. Merchandise (tshirt,cap, lanyard)
  6. Iklan media cetak

Muat Turun PDF


20 Jan 2016

Bermula 20 Januari 2016, semua ahli TONE GROUP yang ingin membuat penukaran penaja apabila memohon untuk ‘Upgrade Level’ perlu menghantar surat rasmi kepada HQ TONE GROUP. Semua pemohonan ‘Upgrade Level’ dengan nama penaja yang berlainan tanpa kelulusan daripada HQ TONE GROUP akan ditolak.

 

Muat Turun PDF


20 Jan 2016

Adalah dimaklumkan rancangan kerjasama antara TONE GROUP dan AirAsia Berhad tidak termeterai. Semua maklumat tentang kerjasama ini tidak boleh digunakan dalam semua bentuk komunikasi TONE GROUP secara rasmi atau tidak rasmi. Jika perkara ini telah atau sedang digunakan, diminta untuk diturunkan dan tidak digunakan lagi pada masa akan datang.

Maklumat yang tidak boleh digunakan termasuk:

  1. Layanan “Red Carpet”untuk ahli-ahli TONE GROUP.
  2. Kaunter daftar masuk khas
  3. PERCUMA perkhidmatan tambahan dalam penerbangan AirAsia (Bagasi, “Hot Seat”, dan Makanan).

Walau bagaimanapun, semua manfaat AirAsia yang ditawarkan oleh Tune Talk kepada semua ahli TONE GROUP masih seperti biasa. Ahli-ahli TONE GROUP dibenarkan untuk menggunakan manfaat yang ditawarkan oleh Tune Talk untuk tujuan pemasaran.

Muat Turun PDF


15 Jan 2016

Sempena Tahun Baru, bermula dari 17 Januari 2016 hingga 31 Januari 2016, harga Kad SIM akan berubah seperti yang berikut:

Segala pembelian Starter SIM - 10 keping ke atas akan mendapat RM3.00 rebat tambahan di atas semua diskaun dan rebat yang sedia ada.

Nota: Harga promosi ini tidak termasuk kepada pembelian Kad SIM gantian.

Berikutnya, bermula 1 Februari 2016, segala harga pembelian Kad SIM akan dikenakan kenaikan harga sebanyak RM3.00 (contohnya, RM93 + GST), akibat kenaikan kos yang sehingga kini telah ditanggung oleh syarikat.

Muat Turun PDF


25 Nov 2015

In view of the tough times ahead where all costs will be on the rise, the company hereby would like to encourage the Youth ( below the age of 25 years ) or students to create your own pocket money so that you can be financially independent.

As for the people of age 50 and above where many after retirement may not have enough money to survive in their old age; as reported by EPF 69% of contributors have less than RM50,000 in their account. To show our commitment to reach out and help, our company is giving you all the special privilege to upgrade your status in TE/TP as follow:-

STATUS CONDITIONS

Junior Center (TE)/ Service Center (TP) Purchase of 80 sim cards one go

Service Center (TE)/Premium Service Center (TP) Purchase of 160 sim cards one go

Branch Center (TE & TP) Purchase of 1000 sim cards and monthly top up

commission achieve minimum RM750/=

Terms and Conditions:

( 1 ) This promotion is ONLY valid from 1st December 2015 till 29th Feb 2016.

( 2 ) All other normal terms and conditions applies.

( 3) Company reserve the right to change the terms and conditions at any time without prior notice.

( 4 ) Decision from Company is final.

( 5 ) For those who are students, you need to provide your student card . This also applies to those who have graduated but within a time frame of 3 years.

( 6 ) Proof is require upon submission for upgrade i.e. student card / NRIC.

( 7 ) Valid for Malaysian citizens ONLY.

( 8 ) Valid for SINGLE account/IC upgrade only.

( 9 ) All qualified members are encouraged to visit HQ and fill in the necessary documentation to formalize their upgrade / appointment.

( 10 ) In the event you qualify for a single level upgrade, further upgrade to the next level requires full fulfilment of the subsequent levels criteria.

 

 

Download PDF

25 Nov 2015

In light of our continuing commitments to aid with rising living costs, Tone Group is launching the following FREE upgrade:

  • FREE UPGRADE THROUGH ACHIEVEMENT OF MONTHLY TOP UP COMMISSION*
    • Free upgrade to Junior Centre (TE) / Service Centre (TP) – new monthly top up commission from 1 December 2015 to 31 November 2016 reaches RM3,000
    • Free upgrade to Service Centre (TE) / Premium Service Centre (TP) – new monthly top up commission from 1 December 2015 to 31 November 2016 reaches RM7,000
    • Free upgrade to Branch (TE) / Branch (TP) – new monthly top up commission from 1 December 2015 to 30 November 2016 reaches RM10,000

*Only new monthly top up commissions from 1 December 2015 will be considered.

  • FREE UPGRADE THROUGH DIRECT AND GROUP SPONSORING
    • Tone Excel:
      • Junior Centre – Direct Sponsor: 100 cases, 2nd & 3rd level: 150 cases
      • Service Centre – Direct Sponsor: 250 cases, 2nd & 3rd level: 400 cases
      • Branch – Direct Sponsor 550 cases, 2nd & 3rd level – 1200 cases
    • Tone Plus:
      • Service Centre – Direct Sponsor: 60 cases, Pass Up: 100 cases
      • P. Service Centre – Direct Sponsor: 120 cases, Pass Up: 180 cases
      • Branch – Direct Sponsor: 400 cases, Pass Up: 800 cases

*For Tone Plus: Direct Sponsors will include Pass Ups that you receive.

Terms & Conditions:

  • The period for (B) is 1 December 2015 to 31 May 2016
  • All other normal Terms & Conditions apply
  • The company reserves the right to change the Terms & Conditions at any time without prior notice
  • All decisions are final
  • For (B), only new cases from 1 December 2015 will be considered
  • All qualified members are encouraged to visit HQ and fill in the necessary documentation to formalise their upgrade/appointment
  • All upgrades are valid for SINGLE accounts only
  • Further upgrades to next levels require full fulfilment of the subsequent levels’ criteria

Download PDF

18 Nov 2015

Bermula dari 1hb Disember 2015, semua pembelian SIM kad untuk naik taraf sebagai Branch WAJIB mematuhi terma dan syarat tambahan berikut:-

1. Semua pembelian SIM kad bagi tujuan naik taraf Branch tidak boleh didaftarkan atau diaktifkan sebelum permohonan naik taraf kepada Branch diterima dan diluluskan oleh Ibu Pejabat kami.

2. Segala perjanjian Branch yang diberi akan direkod dan MESTI diserahkan kepada Ibu Pejabat dalam masa 14 hari selepas pembelian SIM kad. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau ahli perlu membeli SIM kad yang baru.

3. SIM kad yang digunakan untuk tujuan naik taraf tidak boleh digunakan untuk tujuan yang sama pada masa akan datang walaupun SIM kad tersebut masih belum diaktifkan.

Kami yakin dengan penglibatan anda secara berterusan di dalam program rujukan WOW, anda akan mendapat kebebasan kewangan sebagai ganjaran.

Sekian terima kasih.

Muat Turun PDF