Bantuan Khairat Kematian

Kebajikan ahli TONE adalah menjadi keutamaan kami. Kemaskini terma dan syarat Tabung Khairat Kematian baru-baru ini (ref: TG/N&C/20210701/BM) telah memperolehi banyak maklum balas dari ahli-ahli TONE. Kami sangat menghargai maklum balas anda. Dengan pertimbangan yang teliti dan terperinci, berikut adalah penambah baikan baru yang telah dibuat.


MUAT TURUN MEMO TERKINI



TERMA & SYARAT


Berkuatkuasa 1hb Julai 2021, Terma dan Syarat Khairat Kematian adalah seperti berikut:-


1. Cooling-Off Period adalah seperti berikut:

 

 

2. Ahli TONE WOW yang ;

a. mempunyai minimum Tiga (3) Ahli Tajaan Langsung yang aktif lebih dari 90 hari untuk layak Khairat Kematian, pembayaran Khairat Kematian adalah:


b. Mempunyai kurang daripada Tiga (3) AHLI TAJAAN Langsung, pembayaran Khairat Kematian adalah:

 

3. Terma & Syarat No.1 sehingga No. 2 adalah untuk ahli yang mendaftar PADA dan SELEPAS 1hb Ogos 2021. Ahli TONE yang mendaftar SEBELUM 1hb Ogos 2021, akan masih mengikuti syarat yang terdahulu.

 

4. Pewaris yang menuntut  Khairat Kematian MESTI ahli TONE WOW (TONE WOW EXCEL or TONE WOW PLUS) yang berstatus Aktif dari semasa dan sepanjang permohonan Khairat Kematian dibuat dan setiap ahli hanya boleh menuntut sekali sahaja mengikut NRIC.

 

5. Ahli TONE EXCEL dan TONE PLUS Members yang mendaftar pada atau selepas 1hb Ogos 2021 TIDAK layak untuk tuntutan Khairat Kematian.

 

6.Ahli yang mempunyai beberapa akaun dalam TONE EXCEL, TONE PLUS atau TONE WOW perlu kekal Top Up RM30, RM50 atau RM60 dan ke atas setiap bulan dalam mana-mana satu (1) MSISDN (Nombor Telefon) untuk layak menerima faedah ini.


7. Kelayakan menerima faedah ini tertakluk kepada ketepatan maklumat peribadi ahli seperti di dalam Kad Pengenalan/Paspot/ID Polis/ID Tentera yang digunakan semasa pendaftaran ahli.


8. Faedah ini bermula dan berakhir berdasarkan setiap bulan mengikut kalendar. (contoh: 1hb April sehingga 30hb April).


9. Ahli baru yang mendaftar selepas 30hb Sept 2019 dan berumur 70 tahun dan ke atas tidak layak untuk menerima faedah ini.


10. Tuntutan ini perlu dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh kematian.


11. Sekiranya berlaku kematian, pewaris yang dinamakan oleh pemilik akaun didalam sistem ahli (MMS) dan /aplikasi myWOW di ruangan pewaris khairat sebelum meninggal dunia, pewaris itu berhak untuk menuntut faedah ini.


12. Semua ahli digalakkan untuk mengemaskini butiran pewaris didalam TGMMS (https://www.tonegroup.net/) atau TWMMS (https://www.tonewow.net/twmain/)


13. Sekiranya berlaku tuntutan menggunakan sesuatu Member ID, akaun itu tidak akan layak untuk melakukan sebarang tuntutan Khairat Kematian lagi.


14. Setiap Ahli (mengikut NRIC) hanya layak untuk sekali tuntutan sahaja, tanpa mengira bilangan nombor keahlian (samada Ahli tersebut dalam program Tone Excel, Tone Plus atau Tone Wow).


15. Sebarang tuntutan perlu disertakan sekali borang penukaran pemilik.


16. Jika maklumat yang diberi adalah palsu, tuntutan tersebut batal dan tidak sah.


17. Tuntutan akan diproses dalam masa 30 hari dari tarikh dokumen diterima.


18. Tertakluk juga kepada Terma dan Syarat biasa yang lain dan Syarikat berhak untuk menukar Terma dan Syarat tanpa sebarang notis.


  • Untuk membuat tuntutan, dokumen- dokumen berikut perlu diserahkan:
  • Salinan Sijil Kematian (Dengan pengesahan)
  • Salinan IC atau Paspot yang meninggal dunia¬† (Dengan pengesahan)
  • Salinan IC atau Paspot pewaris (Dengan pengesahan)
  • Salinan laporan polis (Jika ada)

BORANG TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN

 

  • Sila isi borang penukaran Pemilik (seperti borang dilampirkan). Sila hantar semula kepada pihak TONE untuk proses penukaran pemilik dan lampirkan bersama dokumen ID (IC/Paspot) untuk pemilik akaun yang baru.